Tuesday 22 May 2012

Air dan Jaminan Makanan

      Air adalah keperluan utama untuk semua benda hidup termasuk manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan. Tanpa makanan manusia boleh bertahan sehingga seminggu lamanya. Tetapi tanpa air manusia hanya dapat bertahan selama tiga hari sahaja. Air juga diperlukan dalam penghasilan makanan. Daripada pemulaan proses penghasilan makanan hinggalah pemprosesan yang ianya tidak terlepas daripada penggunaan air contoh yang paling dekat ialah penanaman padi. pada peringkat awal sawah perlu di airi untuk proses penanaman. Kemudian apabila padi sudah berubah dan setelah dituai dan menghasilkan beras air juga diperlukan untuk beras bertukar menjadi nasi. Terdapat 70 peratus air dalam tubuh badan manusia. Seseorang yangkekurangan protein sebanyak 50 peratus, karbohidrat dan lemak, masih boleh hidup lagi untuk waktu yang panjang. Bagaimanapun, seseorang itu akan meniggal dunia sebaik sahaja hilang terlalu banyak air. Jadi sebahagian daripada hidup kita tidak boleh tidak bergantung kepada air.

1 comment: