Tuesday 22 May 2012

Air dan Jaminan Makanan

      Air adalah keperluan utama untuk semua benda hidup termasuk manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan. Tanpa makanan manusia boleh bertahan sehingga seminggu lamanya. Tetapi tanpa air manusia hanya dapat bertahan selama tiga hari sahaja. Air juga diperlukan dalam penghasilan makanan. Daripada pemulaan proses penghasilan makanan hinggalah pemprosesan yang ianya tidak terlepas daripada penggunaan air contoh yang paling dekat ialah penanaman padi. pada peringkat awal sawah perlu di airi untuk proses penanaman. Kemudian apabila padi sudah berubah dan setelah dituai dan menghasilkan beras air juga diperlukan untuk beras bertukar menjadi nasi. Terdapat 70 peratus air dalam tubuh badan manusia. Seseorang yangkekurangan protein sebanyak 50 peratus, karbohidrat dan lemak, masih boleh hidup lagi untuk waktu yang panjang. Bagaimanapun, seseorang itu akan meniggal dunia sebaik sahaja hilang terlalu banyak air. Jadi sebahagian daripada hidup kita tidak boleh tidak bergantung kepada air.

Tuesday 17 May 2011

Puisi Air

Gemercik riuh, suci dan jernih
mendendang jiwa
segar membasuh wajah bumi
yang lelah dalam terik matahari nan menyengat

Beningmu mengalir tanpa keruh
menghidupkan semua yang berjiwa
berbakti pada semua yang bernyawa
namun dengan berjalannya waktu
kesucian dan kejernihanmu tidak lagi mudah dikecap

Dirimu kian tak berdaya
dalam derasnya derita alam
disimbahi kerakusan manusia
yang tak berjiwa



Thursday 7 April 2011

AirKu; Air Malaysia

      Air adalah sumber terpenting di dalam kehidupan kita. Badan manusia terdiri daripada 60% air. Manakala bumi pula terdiri daripada 70% air yang diperlukan oleh segala tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Tanpa air bumi akan menjadi kering kontang, tumbuh-tumbuhan akan kering dan layu. Air juga melambangkan kebesaran Allah. Terdapat beberapa ayat di dalam Al-Quran yang membuktikan bahawa Allah yang menurunkan air dari langit untuk kegunaan manusia di bumi. Kita boleh mendapat air dari mana-mana sumber seperti air telaga, air hujan, air sungai, air laut dan sebagainya.Air mempunyai banyak kegunaan. Antaranya memasak, mencuci, menyiram pokok, sebagai salah satu bahan dalam pembuatan dan yang paling penting sekali sebagai minuman.

     Air juga boleh digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrik. Kita harus mengambil tahu tentang langkah untuk menjaga kebersihan air. Sekiranya air telah di dapati telah tercemar, berbagai-bagai penyakit akan mula merebak dan akan memudaratkan kesihatan penduduk. Antaranya penyakit yang merbahaya ialah taun dan demam denggi. Air yang turun dengan banyak diumpamakan sebagai hujan yang lebat. Hujan yang lebat akan mengakibatkan tanah runtuh dan banjir. Banjir yang besar boleh memusnahkan tempat tinggal dan tanaman. Akan tetapi tanah lumpur yang ditinggalkan oleh banjir amat sesuai sekali untuk bercucuk tanaman.
  

AJK PERTANDINGAN BLOG PENGGUNA

1. Penasihat: Pn. Hajah Mazenah Bt Mohammed
2. Pengerusi: En. Nazri Bin Mohammad
3. Naib Pengurusi 1: Pn. Hajah Zakiah Zailani Bt Mak Zain
4. Naib Pengerusi 2: Tn. Haji Muhammad Hamin Bin Muhammad Haji Hassan
5. Naib Pengerusi 3: En. Muhammad Syukri Bin Abu Bakar
6. Naib Pengerusi 4: En. Abdul Halim Bin Omar
7. Setiausaha: Pn. Rozida Bt Abdul Kadir
8. Ahli: Pn. Norizan Bt Hasyim (GK Bahasa)
             En. Wan Kamaruddin Bin Hussein (Guru ICT)

Selamat Datang

Assalamualaikum.
Selamat datang ke laman saya dan saya berharap laman saya ini dapat memberi manafaat dan kebaikan kepada anda semua.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman saya.
Sekian terima kasih.

8 April 2011.