Thursday 7 April 2011

AirKu; Air Malaysia

      Air adalah sumber terpenting di dalam kehidupan kita. Badan manusia terdiri daripada 60% air. Manakala bumi pula terdiri daripada 70% air yang diperlukan oleh segala tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Tanpa air bumi akan menjadi kering kontang, tumbuh-tumbuhan akan kering dan layu. Air juga melambangkan kebesaran Allah. Terdapat beberapa ayat di dalam Al-Quran yang membuktikan bahawa Allah yang menurunkan air dari langit untuk kegunaan manusia di bumi. Kita boleh mendapat air dari mana-mana sumber seperti air telaga, air hujan, air sungai, air laut dan sebagainya.Air mempunyai banyak kegunaan. Antaranya memasak, mencuci, menyiram pokok, sebagai salah satu bahan dalam pembuatan dan yang paling penting sekali sebagai minuman.

     Air juga boleh digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrik. Kita harus mengambil tahu tentang langkah untuk menjaga kebersihan air. Sekiranya air telah di dapati telah tercemar, berbagai-bagai penyakit akan mula merebak dan akan memudaratkan kesihatan penduduk. Antaranya penyakit yang merbahaya ialah taun dan demam denggi. Air yang turun dengan banyak diumpamakan sebagai hujan yang lebat. Hujan yang lebat akan mengakibatkan tanah runtuh dan banjir. Banjir yang besar boleh memusnahkan tempat tinggal dan tanaman. Akan tetapi tanah lumpur yang ditinggalkan oleh banjir amat sesuai sekali untuk bercucuk tanaman.
  
  
     Seperti yang kita ketahui, air adalah amat penting dalam kehidupan. Semestinyalah kita perlu menjaga air dan memantau penggunanya. Pihak kerajaan perlu mengambil langkah untuk menjaga kebersihan air. Pemprosesan air perlu di lakukan dengan teliti. Tangki air perlu di cuci selama satu bulan sekali supaya kebersihan air paip terjaga. Pengguna boleh menggunakan penapisan air atau memasaknya terlebih dahulu agar air selamat untuk di minum. Kita juga perlu mengambil tahu langkah mengawal pembaziran air. Terdapat pelbagai langkah untuk menangani masalah ini,antaranya menutup air dengan kemas setelah digunakan. Pili air yang rosak juga perlu diganti dari semsa ke semasa. Pemantau perlu dilakukan ke atas air untuk memastikan ianya tidak bocor. Sekiranya terdapat kebocoran saluran air hendaklah segera membuat laporan kepada jabatan air yang terdekat.

       Kesimpulannya, semua anggota masyarakat harus menghargai anugerah daripada Allah. Cintailah air kita. Marilah kita bersama-sama menjaga air demi melestarikan dan mengharmonikan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment